TAHUKAH ANDA
TIP UNTUK TAHU ANTIVIRUS DESKTOP ANDA BERGFUNGSI
Tips untuk tahu Anti Virus Anda Berfungsi?
Untuk memeriksa sekiranya anti-virus anda berfungsi dengan baik.
Copy kod di bawah di dalam notepad.
X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*
Kemudian save as fakevirus.exe atau eicar.com (kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama)
Sekiranya anti virus anda updated atau berfungsi, ia akan  memberi amaran segera kepada anda dengan arahan tertentu atau terus  didelete file itu. Kalau tiada detection atau anti virus anda buat  dek,bermakna anti virus anda tidak updated atau 'tidur'. Mula updated  antivirus anda atau cari anti virus baru.
File eicar.com diwujudkan untuk keselamatan. Ia bukan virus. Ia  adalah satu ujian standard yang dibangunkan oleh Penyelidikan Anti  Virus Komputer untuk Insitut Eropah (EICAR). Semua produk anti-virus  diprogram untuk mengesan file ini seperti kelihatan virus sebenar.  Kerana itu, anda boleh dengan selamat mengujinya sama ada untuk  menentukan anti virus anda berfungsi, tanpa bimbang ia akan menjangkiti  komputer anda.
Sekiranya anti virus anda tidur dan file ini tidak didelete,  anda usah risau, ia tidak akan merosakkan pc anda dan sekiranya mahu  mendelete file ini. Anda boleh sama ada menggunakan cara manual, drag ke  thrash bin atau open task manager (ctrl-alt-delete) dalam satu masa,  click pada bahagian processes (sebelah application kat atas tu) kemudian  cari program atas nama tadi (fakevirus.exe), click sekali (bold) pada  program itu dan click end process kat bawah tu.Click ya untuk alihkan  dari aktif atau dlm English (yes this should remove it from being  active).